Monday, June 30, 2008

Terapi warna pulihkan sistem tubuh

Oleh Siti Nur Almizan Aripin snur@bharian.com.my

NORHISHAM menunjukkan cara untuk mandi ais.

Warna mempunyai peranan dalam menyembuh, memberi tenaga dan menyeimbangkan semula tenaga dalaman

JIKA anda suka menyanyi, amalkan menyapu nila di leher setiap awal pagi kerana menurut pengasas dan pakar terapi warna, Prof Emeritus Dr Sir Norhisham Wahab, warna biru memainkan peranan dalam menyeimbangkan sistem hormon tubuh di bahagian kelenjar.

Mungkin ada yang mempersoalkan apa kaitannya warna biru dan suara? Tapi fikirkan juga, mengapa wujud amalan orang terdahulu jika dijangkiti beguk, sapu leher dengan nila dan selang beberapa hari beguk akan surut.

No comments: