Tuesday, July 1, 2008

pic from www.bharian.com.my/

BERCUCUK TANAM: Abdullah dan Jeanne menanam sayur di Kebun Komuniti  ketika pelancaran  Program Bumi Hijau Warga Putrajaya, semalam. 30-06-2008 MOTOSIKAL sebelah kiri dipercayai rosak dan penunggangnya meminta bantuan 'menarik' motosikalnya dengan memimpin tangan penunggang motosikal lain. Perbuatan itu, yang dirakam perjalanan dari Pendang menuju ke Alor Star, Kedah, terdedah kepada bahaya kerana  jalan raya di situ agak sesak dengan kenderaan berat  dan boleh mengundang kemalangan. 30-06-2008 LANGGAR PAGAR: Pesawat Cessna 150 sedang dalam latihan penerbangan terbabas ketika mendarat sebelum melanggar pagar di tepi Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka, semalam. Bagaimanapun, juruterbang terselamat dalam kejadian kira-kira jam 11.35 pagi itu. 30-06-2008 TRAILER membawa ayam terbabit  dalam kemalangan di Kilometer 238.9 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Pedas-Linggi,  jam 5 pagi semalam. Kemalangan berlaku apabila satu daripada dua tayar depan  meletup menyebabkan trailer yang membawa muatan ayam dan daging beku itu gagal dikawal sebelum terbalik. Trailer berkenaan dalam perjalanan dari Parit Sulong, Johor ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun, pemandu trailer berkenaan dan dua kelindannya hanya cedera ringan. 29-06-2008
TERUK: Jeminah Betung (kiri) menunjukkan keadaan badan anaknya, Ruzi Hashim, 36, dari Kampung Kuala Mai, Temerloh yang menggelupas  selepas mendapat rawatan untuk demam di Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh, semalam. - Foto Bernama 29-06-2008 BAHAN LARANGAN: Syed Hamid  bersama isteri, Datin Seri Sharifah Aziah Syed Zainal Abidin  melihat pameran buku dan bahan   bercetak yang diharamkan  selepas merasmikan Hari Antidadah Antarabangsa 2008 di Felda Bukit Easter, Kota Tinggi, Johor semalam. 29-06-2008 MERIAH: Persembahan Tarian Sambutan oleh  Penari Kebudayaan pada Festival Kuala Lumpur 2008 (KL Festival) di Taman Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam tadi. 29-06-2008 ANGGOTA polis memeriksa bangkai pesawat yang terhempas di halaman rumah dua tingkat di Persiaran Cempaka Sari 7, Taman Cempaka, di Ipoh, semalam. Pesawat ringan Eagle 150B milik  akademi penerbangan  Integrated Training & Services Sdn Bhd (IT&S) dipercayai hilang kawalan sebelum terhempas. Jurulatih akademi itu, Mohamad Faizal Kamarudin dan pelatih, Ahmad Tarmezee Ahmad Lotpi cedera parah dalam kejadian itu. 27-06-2008
TANDA INGATAN: Rosmah menyampaikan sejambak bunga kepada pereka fesyen, Tom Abang Sofi sambil diperhatikan Tunku  Azizah Aminah pada Malam Tenun Pahang Diraja, di Kompleks Kraf, di ibu negara, malam tadi. 26-06-2008 KENA SERBU: Pandikar menjawab soalan pemberita berkaitan larangan membuat liputan di lobi Parlimen, semalam. 26-06-2008 PUJUK: Anggota polis dan bomba  memujuk seorang lelaki supaya turun dari atas bumbung keretanya yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 109.5 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Taman Kempas, pagi semalam. Dia bertindak agresif apabila anggota polis cuba menariknya turun. Pada jam 7.50 pagi, beberapa anggota polis dan bomba menerpa dan menahan lelaki itu sebelum membawanya turun. Tidak menolak kemungkinan lelaki terbabit mengalami tekanan perasaan berikutan kemalangan berkenaan. 26-06-2008 ROSAK TERUK: Bas ekspres yang didakwa dipandu laju dalam  hujan terbalik di Kilometer 406 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Lembah Beringin, semalam. 25-06-2008
BANTAH: Petugas media meletakkan kamera  sebagai protes kerana  tidak dibenarkan bebas di lobi Parlimen, semalam. Isu petugas media tidak dibenarkan membuat liputan di lobi Parlimen yang dibangkitkan bertalu-talu ketika sesi soal jawab dan bersambung pada sesi perbahasan pada sebelah petang oleh wakil pembangkang, terutama DAP menyebabkan Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) mengambil tindakan sendiri membuka pita yang menghalang laluan masuk ke lobi berkenaan. Tindakan yang dilihat mengingkari keputusan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia itu dibuat oleh BNBBC kerana mereka tidak bersetuju dengan peraturan yang menyusahkan petugas media. 25-06-2008 TUMPUAN: Kenderaan  berbaris panjang untuk mengisi minyak di stesen Shell, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, semalam. Khabar angin kononnya stesen minyak akan ditutup lima hari dan harga petrol dinaikkan RM1 menyebabkan stesen minyak di seluruh negeri diserbu pemiliki kenderaan. 25-06-2008 SANJUNG PEMERINTAH: Sultan Azlan Shah beramah mesra dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Malim Nawar, Keshwinder Singh a/l Keshmir Singh, ketika berangkat bagi merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-12 di Ipoh, semalam. 25-06-2008 Kawasan larangan media dibuka: AHLI Parlimen Barisan Nasional, (dari kiri) Datuk Halimah Mohamad Sadique, Datuk Mat Sirat Abu, Datuk Mohamad Aziz, Salleh Khaibi,  Datuk Abd Rahman Dahalan dan  Datuk Tajuddin Abdul Rahman   menanggalkan pita  ruang khas media pada sebelah petang sesi persidangan Parlimen selepas petugas media tidak dibenarkan bebas di lobi Parlimen, semalam. Peraturan yang berkuat kuasa semalam itu melarang petugas media berlegar di kawasan lobi, depan bilik rehat Ahli Parlimen serta pejabat menteri. Kawasan itu turut diawasi beberapa pengawal keselamatan Parlimen. Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Amin Mulia ketika sesi perbahasan tetap mempertahankan tindakannya itu. 25-06-2008
GIMIK MURAHAN: Dari kanan, Loy Sian, Zulkifli, Gopalakrisnan dan Tian Chua berbasikal untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat, semalam. 24-06-2008 Seorang maut kereta rempuh sangkar besi: KERETA  yang dipandu warga emas, Yow Tin @ Yeow Kah Teng, 65, bersama empat penumpang lain remuk selepas terbabas dan merempuh sangkar besi berisi gelung plastik yang diletakkan di tepi lebuh raya di Kilometer 232 Lebuh Raya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Pedas,   pagi semalam. Dalam kejadian itu seorang penumpang wanita,  Lee Siew Lan, 51,   meninggal dunia   di tempat kejadian akibat cedera parah, manakala seorang lagi penumpang,  Lee Siow Chu, 59, cedera parah. Bagaimanapun pemandu kereta berkenaan dan dua lagi penumpang, Yew Yi Cheng, 35, serta anaknya berusia 10 bulan tidak   cedera.  Mangsa dikatakan  dalam perjalanan dari Petaling Jaya ke kampungnya di Kelemak, Alor Gajah, Melaka. 24-06-2008 SIMPATI: Mohd Khairi (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Ishak di Kampung Padang Beka, Pinang Tunggal yang terpaksa tinggal di bawah pokok selepas rumah mereka dirobohkan atas perintah mahkamah, minggu lalu, mendapat simpati pelbagai pihak di Kepala Batas, semalam. Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) mengarahkan Pusat Urus Zakat (PUZ) mengaturkan proses pemindahan keluarga itu ke Rumah Transit Saudara Baru di Permatang Tok Gelam dekat sini. 24-06-2008 TERBONGKAR:  Petugas  Skuad Khas  Syabas  memeriksa  air yang disyaki disambung secara haram di Putrajaya, semalam. 24-06-2008
REMUK TERUK: Keadaan kereta yang remuk selepas merempuh pokok sebelum terhumban ke dalam parit di Kilometer 154.1 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran TangkakREMUK TERUK:   Keadaan kereta   yang remuk selepas merempuh pokok sebelum terhumban ke dalam parit di Kilometer 154.1 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran Tangkak. 24-06-2008 PILU: Zalina (kiri) memangku jenazah Zalifah Lyana dan kakaknya, Nur Zainab memangku jenazah  Nur Amanina Bariah di  Hospital Pekan, semalam. Dua sepupu ini yang masing-masing berusia dua dan tiga tahun ditemui terapung, dipercayai lemas dalam kolam ikan berhampiran rumah mereka di Kampung Merchong dekat sini, petang semalam. Mayat ditemui oleh seorang lagi sepupu mereka, Adilah Hani Kamar, 16, yang ternampak kedua-duanya terapung dalam kolam. 24-06-2008 MANGSA TINDAKAN: Ishak (kiri) bersama keluarga hanya berteduh di bawah khemah sementara berhampiran rumahnya yang dirobohkan, semalam 23-06-2008 DORONGAN: Mohd Fakhrul Radhi bersama ibu bapanya,   Dalilah Ariffin dan  Khamarudin Ahmad selepas diisytihar johan Akademi al-Quran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. 21-06-2008
PEKERJA Restoran Nasi Kandar Mohamad, Abd Samad Mohamaed Iqbal,  menampal pelekat pada cermin premis itu bagi mengelakkannya pecah apabila bom seberat 454 kilogram peninggalan  zaman Perang Dunia Kedua yang ditemui di tebing Sungai Pinji, Tambun, Perak, diletupkan pihak berkuasa hari ini. Restoran itu terletak  tidak sampai 100 meter dari tempat bom berkenaan diletupkan. Bom itu ditemui minggu lalu.  Sebelum ini, polis mengarahkan kira-kira 5,000 penduduk dari lingkungan sekitar 1,000 meter dari kawasan itu  mengosongkan kediaman dan premis mereka untuk membolehkan kerja meletupkan bom dijalankan. 23-06-2008 UJI KEBERKESANAN: Chor mencuba    alat pengimbas keselamatan di  Putrajaya, semalam. 19-06-2008 CEMERLANG: Noor Izati bersama ibu bapanya, Meor Samsudin Abu Hasan dan Fatimah Wati Naimun selepas menerima Anugerah Pencapaian Akademik MAB di Kuala Lumpur, semalam. 19-06-2008 MAUT  TEMPAT KEJADIAN: Pasukan bomba dan penyelamat membantu mengeluarkan mayat pemandu Kia Rio yang terbabit dalam nahas dengan trailer pasir di Kilometer 159.3 Lebuh Raya Utara Selatan, semalam. 19-06-2008
GALAS CABARAN: Barisan pemantun SMT Kuala Lumpur bersama, Aina Jamaiah (tiga dari kanan) menunjukkan piala yang dimenangi selepas muncul juara Pesta Pantun Peringkat WPKL, di Hulu Klang, semalam. 19-06-2008 KITA MARA: Pemain Selangor meraikan kejayaan melangkah ke final Piala FA dengan agregat 3-2 walaupun sekadar seri 1-1 di Kuala Terengganu, malam tadi. 18-06-2008 ANGGOTA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Muhammad Hassan, 45, mengangkat kotak yang menutupi stok gula yang dirampas dari sebuah premis di Kuala Ibai, Terengganu pada operasi stok dan agihan gula, semalam. KPDNHEP merampas 19 tan gula bernilai RM27,550. 18-06-2008 REDA PEMERGIAN: Siti Aishah pada pengebumian arwah suaminya, Rahim Hamzah (gambar kecil) di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, semalam. 18-06-2008
MANTAPKAN PENDIDIKAN: Hishammuddin bersama Somchai berbual   ketika mengadakan pertemuan di Bangkok, semalam. 17-06-2008 Pembonceng bawa tong besar undang bahaya: TINDAKAN pembonceng membawa tong minyak kosong dengan menggunakan motosikal di Jalan Batu Kawa-Matang, Kuching, Sarawak boleh mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya lain. Ini membuktikan kesedaran mengenai tahap keselamatan jalan raya masih rendah dan perbuatan itu tidak harus dicontohi. Sehubungan itu, semua pihak, baik kerajaan atau rakyat perlu lebih gigih bagi mendidik masyarakat supaya mematuhi peraturan jalan raya. 17-06-2008 130 anggota RAMD  selamat pulang: KAPTEN  Ahmad Muzaimi Mohd Ali, 29, (kiri) mendukung anaknya Eryna Qaisara berusia sebulan sambil diperhatikan isterinya, Norfarhah Md Dom, 25, dan Kapten Noor Azly Mohamed, 29, (kanan) mendukung anaknya Muhammad Azad Faris, 51 hari sambil diperhatikan isteri, Norhafiza Othman, 24, ketika sampai di Kem Sungai Besi,  petang semalam,  selepas tamat bertugas sebagai 'Queens Guard' di Windsor Castle, Buckingham Palace, St James Palace dan The Tower of London. 17-06-2008 MESRA: Nik Abdul  Aziz  berkongsi maklumat bersama dengan pelajar  selepas merasmikan majlis pecah tanah untuk asrama kedua SM Agama Maahad Muhammadi  Lelaki di Kota Bharu,  semalam. 17-06-2008
KUMPUL BUKTI: Polis memeriksa  bahan bukti selepas berbalas tembakan dengan empat perompak dipercayai warga asing berhampiran Lebuh Raya Utara-Selatan di susur keluar Simpang Pulai,  awal pagi semalam. 17-06-2008 JUARA BEREGU LELAKI: Pasangan beregu badminton negara, Mohd Zakry Abdul Latif dan Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari (kiri) yang muncul sebagai juara kejohanan bergambar bersama rakan senegara Gan Teik Chai dan Lin Woo Fui yang muncul sebagai naib juara pada kejohanan Badminton Siri Super Aviva Terbuka Singapura 2008 di Stadium Nasional Singapura di sini, semalam. Pasangan Mohd Zakry dan Mohd Fairuzizuan muncul juara selepas berjaya menundukkan rakan senegara 21-18, 21-17. 16-06-2008 TAKTIK BARU: Mohd Noor (kanan)  melihat tangki      mirip tayar ganti pada  kenderaan Thailand yang diguna  untuk menyeludup minyak di Bukit Kayu Hitam, semalam. 16-06-2008 PERKENAL MAKANAN: Abdullah sambil diperhatikan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah menunjukkan kuih tradisi Melayu kepada Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia, Prof Klaus Schwab (dua dari kiri) dan bekas  Perdana Menteri Pakistan, Shaukat Aziz (tiga dari kiri) ketika majlis meraikan  peserta  Forum Ekonomi Dunia bagi Asia Timur 2008, di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya. 16-06-2008
IKUT GILIRAN: Orang ramai  berbaris mengambil rebat minyak pada hari kedua di Pejabat Pos Pulau Pinang, Georgetown, semalam. 16-06-2008 BANGGA: Chong Wei memperaga trofi juara selepas menewaskan Simon Santoso 21-13, 21-5 di Singapura, petang semalam. 16-06-2008 REMUK: Keadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan di KM 68 Jalan Lama Sungai -Petani Butterworth dekat Tikam Batu, awal pagi semalam. 15-06-2008 CUBA HALANG: Pemain Selangor, Indra Putra Mahayuddin (kiri) dihalang dua pemain Terengganu dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, malam tadi. Selangor menang 2-1. 15-06-2008
ROSAK: Deretan kereta guru SMK Kuala Perlis rosak apabila ribut menerbangkan bumbung sekolah lalu menghempap kenderaan yang diletakkan di tepi bangunan sekolah. 14-06-2008 TANDA TANYA: Tapak kaki yang didakwa milik raksasa yang ditemui berhampiran sebuah dusun di Sibu. 14-06-2008 PENERANGAN: Sultan Azlan Shah dan Tuanku Pemaisuri Bainun diiringi Liow (dua dari kanan) mendengar penerangan mengenai peralatan  digunakan di wad pediatrik di  Hospital Tuanku Pemaisuri Bainun, di Ipoh, semalam. 13-06-2008 AKAUN PELAJAR: Sebahagian pelajar Maktab Mahmud menunjukkan kain rentang Kelab TaHa selepas majlis perasmian kelab berkenaan di dewan Sultan Badlishah, Alor Star, semalam. 13-06-2008
PENUH SIMBOLIK: Abdul Aziz (kiri) bersama Pengurus Besar Pernama, Datuk Abdul Wahab Khalil melancarkan kempen Satu Keluarga ATM Satu Komputer melalui Program Itik Gembo-Gembo Celik Komputer, di Kuala Lumpur, semalam. 13-06-2008 Lori tangki bawa petrol terbalik: ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menyembur buih ke arah lori tangki  membawa muatan 32,000 liter petrol yang terbabas dan terbalik di Persiaran Apec Cyberjaya, awal pagi semalam, bagi menghalang kebakaran dan letupan akibat kebocoran.  Dalam kejadian kira-kira jam 1.59 pagi itu, pemandu lori tangki itu, Sapian Idris, 40-an  dalam perjalanan dari Pulau Meranti, Sepang ke Depot Simpanan Minyak Putrajaya, dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh di jalan berkenaan. Bagaimanapun, pemandu lori berkenaan hanya  cedera ringan. 13-06-2008 PENIAGA TEMBIKAI MAS MADU PIKAT PEMBELI: Rapiah Husin, 56, menunjukkan hasil tembikai mas madu merah dan mas madu kuning yang dijualnya di tepi Jalan Kuantan-Pekan dekat Kampung Ubai, Pekan. 13-06-2008 BERPOTENSI TINGGI: Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mencuba juadah selepas merasmikan Restoran Jom Makan London di Pall Mall Street, London, semalam. 12-06-2008
Lelaki maut kereta terjunam dalam gaung: SEORANG pekerja sebuah kedai perabot terbunuh selepas kereta Perodua Kancil dipandunya terjunam dalam gaung di Kilometer 5, Jalan Kuantan-Kemaman, dekat Beserah, Kuantan  jam 10 malam kelmarin.  Anuar Abdul Hamid, 47, meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah pada kepala dan patah kaki.  Ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Pekan, dikatakan dalam perjalanan dari Beserah ke rumah abang iparnya di Indera Mahkota,  Kuantan sebelum kereta dipandunya terbabas ke kanan jalan dan terjunam dalam gaung.  Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim ketika dihubungi berkata, mayat mangsa yang tersepit dikeluarkan orang ramai yang melalui kawasan berkenaan. 12-06-2008 BERTABURAN: Anggota polis mengutip barang milik penumpang bas ekspres yang terbalik di Kilometer 383.9 Lebuhraya Utara-Selatan, semalam. 12-06-2008 SPR bakar kertas undi dalam relau: PETUGAS Pilihan Raya Melaka mengeluarkan kertas undi pilihan raya umum yang lalu daripada kotak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk dilupuskan ke dalam relau pembakaran di Syarikat Perusahan Batu Tehel di Jasin, semalam. Pegawai pilihan raya negeri sudah melupuskan 22 kotak  mengandungi kertas undi pada pilihan raya yang lalu membabitkan kawasan Parlimen Bukit Katil dan kawasan Parlimen Tangga Batu.

No comments: