Monday, June 30, 2008

BAGAIMANA caranya untuk melakukan sujud syukur? Apakah bacaan yang perlu dibaca dan dalam keadaan bagaimanakah ia perlu dilakukan?

Jawapan

Sujud syukur dilakukan bila seseorang mendapat nikmat daripada Allah. Ia dikira satu bentuk solat.

Oleh itu perlu berwuduk, menutup aurat dan mengadap kiblat seperti ingin solat wajib.

Setelah niat sujud syukur, terus sujud dan membaca doa sujud syukur atau bacaan sujud biasa jika belum hafal. Selepas itu beri salam tanpa perlu membaca tahiyat.

No comments: