Wednesday, August 13, 2008

Larut malam... layansss

aku pernah merasai cinta. Tapi tak pernah sehebat ini.. aku penah rasa rindu, tapi tak pernah sedalam ini.... aku tutup mata. Cari feeling, kot2 mata aku nak lelap ke?. hmmm.. tak bleh tidur plak. Aku tutup mata lagi. Alaskan lengan pada kepala. hmm kepala berat plak. hmm yak boleh jadi nie... Aku buka telekung, lipat, letakkan pada hanger lalu aku sangkut pada besi penggantung baju. Aku gi kat dapur. Capai gelas merah, Buka icebox, capai botol mineral, aku tuang ke dalam gelas. Aku minum sikit. hmm leganya. Tadi rasa bahang. nie ok sikit.

Perut kenyang. Tadi berbuka makan nasi goreng kerabu. Boleh laa... tak laa rasa sangat kerabu dia. Yang aku musykil, ada plak taugeh? kerabu ada taugeh ke? aku gelak sorang. Makan ngan saybah, farez, matju, capit, abgfaizalab. Dah separuh makan, tetiba si anong ngan abg zainol muncul malu2. kitaorang ajak. tpi malu2 plak, diorang nie. isk..at last, diorang join gaks. Time tuh, aku dah start kunyah 'nasi kerabu ada taugeh' ku.

Tak sangka abg zainol seorang yg kelakar. Waa... mmg gelak besar aku hari ni. Mana taknya, dia cerita pengalaman masa mula2 dia jawab call. Cust tak boleh buat call. Pstu dia troubleshoot. Yang kelakar, dia suh cust keluarkan simcard, pastu cari kain, lap2 kan simcard tu. cust pon buat laa.. Pastu kebetulan, boleh pulak cust tu wat call semula. Nak dijadikan cerita, dia dipanggil QA. Hampir dapat counselling coz of 'invalid trobleshoot mehthod'Tapi tak dapat. Sbb, dengar call sampai habis, customer tu berjaya dapat call out. hul alooo... giler kuat aku gelaks tadi...

Pastu pasal mms plak. Dulu, celcom allow 100kb size off mms only. Dia tanya cust, pic encik tu, pakai songkok tinggi ke rendah? Cust pon bodoh2 alang menjawab "ye betol, songkok tinggi". Dia balas balik, Kalau encik pakai kopiah, tentu size pic encik 96kb, mesti bleh hantar mms. WAKKAAH KAAHHH KAHH.. aku sambung gelaks lagi. abg zainol mmg kelakar laa... aku gelak tak tahan. huahua....

Naik atas, Law panggil aku. Tanya aku ok ke tak, di buli oleh anak buah dia tadi. aku cakap, aku tak der hal. aku ok jer. Terpulang je pada mereka, samada nak keje atau tidak. Law cakap itsokey, dia akan take over. Aku cakap, thanks Law. aku pon tak larat nak jaga pon. Sbb aku rasa, best lagi jawab call & layan cust. Sikit masa lagi, aku nak mintak farez keluarkan aku dari
mentor. Aku susah tidak tertahan memegang tanggungjawab ini. Cukup laa.. Selama aku berusaha, aku dapat 'Rubbish' hari ni. ini dia balasannya.

Kah kah kah... lawak laa sangat. sebbaik aku mmg muka tak tau malu + muka tembok. Hampir jew nak nangis tadi. Tapi bila tgk muka shahir, aku tak jadi nangis. Klu abg am ada, cfm aku dah meleleh air mata. Tapi tgk muka shahir, aku terus tak jadi. Sbb aku dah janji. 2008. tiada air mata untuk netcare!

Ye kew?

Keje aku tak siap2. aku hilang inspirasi. Tulisan itu sekerat jalan. aku tak dapat nak meneruskannya. Mana semangat itu? Hilang. Dimana? Ia ada. Tapi sangat jauh. Sedalam kerak bumi untuk aku cungkil ia keluar. IA tersorok. Terperosok. Aku gagal keluarkan ia. Aku perlukan satu sumber untuk menarik ia keluar dari sudut itu. Bagaimana?Saat ini aku rasa aku tak patut tanya bagaimana. Aku seharusnya memikirkan cara & berusaha untuk dapat hasilnya. Bagaimana?

Adus... perkataan 'bagaimana' itu harus aku hapuskan. Ia berlegar2 tanpa jawapan. Aku mati kutu!




P/s - Mungkin kamu takkan pernah percaya, bahawa sesungguhnya, aku telah terjatuh.... Ia amat sakit & ku akui ia telah berlalu. Dan jauh aku tersungkur hingga sukar utk aku menapak kembali.

2 comments:

Byxura The Great said...

Wah.... ko ni boleh jadi novelis la Sue!

SeriSufi menyanyi... said...

iskk.. baru tau ker? ahaks... tak der la... ini nama pon blog. tempat curah perasaan. Novelis bukan mudah. tpi insyaAllah. dulu ada buat byx. tpi sekerat jln. skang ngah wat jugak. juga separuh jalan... huehueee.. ko doakan aku kuat semangat k.



p/s - lost my inspiration? i m Loser? did i?