Thursday, August 14, 2008

1:40am aku layang2 tanpa tali

aku gmail ngan uddin. Dia lmbat balas. mana gi? bz penyer, aku tanya svl lvl bape. Dia kata 27%, uwaaaaaaaaaaaaaaaaa, aku pesan suh dia call am.. skanggg!!!! Uddin call, pstu am cakap... "tak pe laa" .. ye ar.. sblum abg am mengamuk esok pagi, baik bagitau awal2 kan...

Aku bagitau uddin caiiyookkk for tomorrow test! dia kata nape? aku cakap copc. huh.. uddin mesti selamat punya laa... sbb dia mesti dah balik. cam time amir ada dulu.. jelesss sseyyy... sakit pinggang. Masalah pompuan dah sampai. Tak sesuai waktu betul lah. nie yg malas nih. Mata dah sakit. Aku dah capai spek. lol.. tdi lupa nak pakai. nie dah start sakit balik. bila laa nak gi wat spek ni....

Mimin dah tido. Eila ada hari ni. Laki dia outstation. So dia tido selayang. Ikut mimin balik kot. Luckily sama location office. So tak gado nak tumpang2 nie. ngan aku je payah sikit sebab shift. Ni pon dah rengang ngan bob, sbb aku gila OT. tu pon msg & call je. dah ler aku jenis duduk umah. Dia dah bosan. Kadang2 aku cian gaks. Tgk dia dah give up ngan aku. Nak wat camana. feeling tak der. nak paksa? tak bleh. kawan aku boleh2 layan2 borak share2 citer. Bila masuk bab feeling aku kalah. aku suka kawan. dengan sesape sahaja. Tapi bukan rapat. aku suka bicara cinta. Tapi bukan untuk meletakkan diri aku sebagai pecinta. Kadang2 cara aku wat orang rasa salah sangka. Kadang2 buat orang rasa aku terlebih feeling. Tapi itu sikap aku sahaja yg terlebih caring. Untuk aku, amat sukar untuk menerima cinta. Tapi aku sangat suka pada Cinta. Ia buat aku semangat & buat aku teruja. Jadi aku boleh melakukan apa sahaja. Termasuk sekali menyelam ke dasar laut atau terjun dari tempat yg tinggi.

Aku senang begini. Bebas bicara cinta. Cinta banyak perkara dan maksud. Aku takut. Aku senang bicara dalam tulisan. Seronok mulut terkatup, biar hati berkata2. Jemari menari. huruf-huruf beratur mengikut susunan kata2. bila menjadi ayat, ia rupanya ada maksud dan erti.

Aku layang-layang tanpa tali. Ia terbang ke? tak kan. Ia tersungkur menjunam. Kadang2 mungkin boleh tertusuk,terkoyak atau terperosok di celah2 pokok. Kadang2 ia hanyut dalam longkang atau sungai. Renyuk.

Mana tali tu? entah. pelik. Nak cari tali tu balik ke? atau pegi kedai beli tali yg lain. Sama ke? nak dapat edisi terhad susah. Tak semudah yg disangka. Kalau ada, aku nak beli ke? 2x5, kadang2 aku tak beli pon. Aku tgk je tali tu. Bila dah ada org beli, baru aku ralat. hahahahhhahahahahahahahahahahahaaaaaa.....

Tak pon, aku tunggu orang hadiah kan. Waaa punya laa kedekut nak beli tali layang2 pon nak tunggu orang hadiah kan... buruk perangai nyer cik sudu niiiiiiiiiiiiiiii :P




P/s - dulu ayah ada buat wau sendiri. dia letak buluh kecil kat tengah2 wau tu. Kitaorang main wau kat dem. Bila wau tu tinggi, nanti dia berbunyi sebab ayah selitkan buluh tu. ayah buat macam2 kaler. Ada satu kaler hitam, ayah buat burung helang. waaa... sangat laaa ganaz bila terbang. Terima kasih ayah. Even ayah mmg laa sangat garang & pernah lempang along, tapi banyak lagi sweet memory dengan ayah. Rasa2nya, klu ayah tak sekeh2 along, tentu along tak jadi cam sekarang. hueheuueuee... cuma sekarang along dah banyak terpengaruh dengan tah ape2.... so ada sikit merepek laa... neway, thanks dad. I luv u ayah...
luv u.... sangat2...

1 comment:

WanGirlGirl said...

Ini mmg sesuai ngan uuuuuuuuuuuu..

Aku Punya Teman
teman Sepermainan
dimana Ada Dia Selalu Ada Aku

dia Memang Manis
dan Juga Baik Hati
dan Dia Slalu Ada Waktu
untuk Membantuku

namun Aku Bingung
ketika Dia Bilang Cinta
dan Dia Juga Katakan
tuk Ingin Jadi Kekasihku

cukuplah Saja Berteman Denganku
janganlah Kau Meminta Lebih
kutak Mungkin Mencintaimu
kita Berteman Saja
teman Tapi Mesra

aku Memang Suka Pada Dirimu
namun Aku Ada Yang Punya
lebih Baik Kita Berteman
kita Berteman Saja
teman Tapi Mesra