Monday, January 11, 2021

Bina module asas perniagaan step paling basic yang followers anda mudah ikut!

Tahun baru 2021.

Seperti tahun sebelum ini, kita semua memiliki harapan baru, membuka pintu baru untuk setiap azam.

Tahun-tahun yang lepas kita telah berusaha, lalu ada beberapa azam yang telah berjaya, namun, ada juga yang kecundang tanpa kita sangka atau kita pinta.

Namun begitu, kita sebagai hamba Allah faham bahawa ketentuan Allah itu adalah kunci untuk mereka yang percaya kan qada dan qadarNya.

Sama seperti alam perniagaan.

Disini, SeriSufi nak kongsi 7 Module asas bagi mereka yang benar-benar minat berniaga atas asbab mahu pendapatan bagi menampung perbelanjaan harian, sekaligus menyara diri dan keluarga sendiri.


Perniagaan adalah pilihan paling bijak bagi mereka yang ingin menyara diri dan keluarga!

Namun, ramai yang akan meletakkan kata-kata di bibir bahawa,


Aku tak boleh.

Aku memang tak tahu berniaga.

Aku bukan background family yang berniaga.

Aku tak nak di kecam!

Aku tak minat berniaga, tapi duit aku minat!

Ada juga yang berseloroh, bahawa berniaga itu merimaskan sebab nak kena sediakan modal dan pelbagai masalah akan timbul kelak, nak uruskan pelanggan lagi?

Dalam 7 MODULE asas yang SeriSufi nak kongsi di sini adalah, bagaimana mereka di luar sana yang takut dengan suara-suara atau bisikan halus yang menyelubungi perasaan, otak dan jiwa menyebabkan mereka merasa perniaagaan adalah sesuatu yang menggelapkan dan menakutkan itu mampu di tangkis!


No comments: