Monday, October 15, 2018

PaK Ngah ku, Hj Mahmud Abu Bakar atau dikenali sebagai Azhar

Mahmood Abu Bakar atau dikenali sebagai Azhar. Nama panggilan adalah Dak Ar, panggilan orang Melaka. Aku panggil dia Pak Ngah Ar.
Dia adalah bapa saudara ku sebelah emak. Dia sepupu ibuku. Bapanya dan Mak kepada ibuku adalah adik beradik.
Pak Ngah Ar yang aku kenali sejak aku kecil adalah seorang yang sangat baik hati. Tak pernah marah. Sayangkan kanak-kanak.
Hormat orang tua. Dia bertutur dengan beradab dan berlapik, bak kata orang tua-tua.
Yang paling aku hormati dia adalah kerana dia tak pernah tinggal puasa dan menjaga solatnya. Dia tak pernah cakap meninggi diri. Tidak pernah. Kalau ketawa, dia akan ketawa sepuasnya. Sampai berguling-guling. Kita yang tak ketawa ni pon akan turut ketawa. hahaaha.... sekarang pon rasa nak ketawa, bila teringatkan telatah bila dia ketawa.
Kali terakhir jumpa adalah Pak Ngah Ar pada bulan lepas, September 2018. Iaitu di hari pengkebumian Cikgu Abdul Talib kembali kerahmatullah.
Pak Ngah Ar berkahwin dengan gadis dari Negeri Terengganu. Sekarang mereka menetap di Terengganu, Kampung Gong Badak. Ada 5 orang anak. 2 lelaki dan 3 perempuan. Isterinya putih dan cantik orangnya. Kelebihannya, sangat pandai memasak.

No comments: