Tuesday, April 5, 2016

today lunch menu makan nasi & daging kambing ;-)

Seronoknya harini lunch dalam NOC room shj. Tak payah keluar panas2 tenghari..

Semalam my hubby beli lauk kambing. Pergh.. sedap sekali. RM10 shj dengan sos blackpepper. Kiwi masak nasi aje kat rumah. Jadi harini boleh lah bawak bekal ;-) tambah kan sedikit kicap dekat nasi, lepas tu potong timun+sedikit cili padi potong halus. Perghh... Alhamdulillah rezeki. Thank you abang ;-)

10 To Do List today:

1.  Berzikir & Berdoa & Berselawat
2.  Solat awal waktu
3.  Siapkan monthly report
4.  Cek kes postpaid
5.  Cek kes pending Careline
6.  Training : Power-Packed Presentation & Public Speaking Skills (18-19 April 2016)
7.  Nak pegi beli buku nota kecik utk tulis doa untuk abg pegi umrah
8.  Survey Goodreads  Muhd Kamil Ibrahim (Author of Travelog Haji)
9.  Menu makan malam ni ape?
10. Cek minyak itam kereta ada liking tak?


Doa Menghilangkan Susah Hati, Kebingungan dan Masalah Hutang

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia."

Ya Allah, jadi kan hari ini, aku lebih baik dari semalam... ;-) 



Madah hari ini:
Bila jari berlari menari atas huruf menghasilkan bait bait kata, hati berkata-kata terus tanpa henti.
Bila sampai lagi rasa ingin berkarya, Alhamdulillah ilham datang lagi.
Sungguh aku bersyukur pada Ilahi, di beri lagi kurniaan ini.
Lama aku terhenti mencari diri. Selepas, sedang dan terus di uji, dan sungguh, sebagai hambaNya hingga aku dipanggil mengadap ilahi, ku pohon agar aku diterima sesuci bayi....

No comments: