Saturday, May 9, 2009

di mana hati ku berada? tertinggal di sana

Demi Tuhan, aku bersyukur menjadi hamba-Mu. Tapi aku memang selalu lemah dan longlai atas godaan di atas muka bumi ini hingga leka. Hati ku tertinggal di situ. tak mampu ku kutip, lalu ku biar ia seketika disana.... bisa aku dapat kan hati ku itu kembali? aku tiada jawapan. Terima kasih kerana menerima ku sebagai tetamu. aku rasakan seperti aku kenal diriku sekarang ini. aku semakin kuat, dan lantang membicarakan apa aku gemar dan tidak gemar. puas sudah aku membiarkan mereka yg lain membuat keputusan utk diri sendiri. alhamdulillah, aku telah mampu membuat nya sendiri. Amat sukar. Terlalu sukar. Oleh kerana itu, aku selesa menjauhkan diri, dan bersendirian buat masa ini....

Tiba2 teringat pada ramai teman2 ku di menara. Terlalu banyak pahit dan manis di lalui disana. sehingga dari senyum, ketawa dan mengalir air mata. Tak mampu aku nak duduk di situ hari2 terakhir, kerana ia bisa buat aku sedih. Tipu! jika aku katakan aku tidak merindui. Tapi aku harus teruskan langkah untuk diri aku terus hidup. Jika tidak, aku hambar. Terima kasih Tuhan, kerana memberikan aku ruang.

Banyak kenangan di syria, sehingga aku terpikat dengan buminya. Terasa seperti ingin sahaja aku berlama-lama di sana. begitu kurangnya ilmu aku hinggakan aku rasa amat kerdil tika berpijak di tanah para anbia'.... malu aku kerana tidak menkaji asal usul para nabi. terasa kosong dada ku tanpa ilmu... kini aku tekad untuk mencari ilmu itu sehingga aku kembali nanti.

adsfaaaaaaaaaaaaaaafewr ada bende yg aku type kan.. tpi tak boleh di paparkan.. ape lah poyo budak sue ni tah .... jadi gantikan dengan $%@$%@$%5gfdgsdfgsfgsgsfdgsfgsfgsfgsfgsfdgsdfgsfdgsfdgsfdfgsdg54545 fgs676365365gsdfgs sama cam training en. asrol bagi tdi pasal trunk, kekekekeh.. jgn marah yee45245234523524542gsfdgsfdgsfdgsdfgsfdgfdgsfdgsfg

aku rindu betol nak jerit2 n lompat2 kat netcare cam dulu. tpi mana boleh kan.. tapi klu jumpa kwn situ, cfm aku akan lompat n jerit punya, cam bulan posa beli maknan ramai2... mmg best. aku ingat, klu cerita pasal netcare mmg tak abes2. huehueuuee...

ramai cakap aku sombong sbb buat bodoh je tak cari kawan2. entah. nape aku pilih jalan melarikan diri dan senyap. aku selesa cam ni kot. seronok sorang2 pulak. layannn.... bukan aku tak ingat kawan2. sangat ingat & selalu. selalu doakan kawan2 ceria dan bahagia, kerana aku pon nak ceria dan bahagia. Aku nak ruang itu.

Ruang sendirian.... Terima kasih pada Tuhan, kerana makbul kan doa2 ku. Alhamdulillah....


Tunggu ya.. aku ingin kembali........................................................

No comments: