Thursday, January 1, 2009

Salam Maal Hijrah & Apa cerita 2009?

Salam kepada semua. Pertama sekali, lembaran 2009 telah dibuka hari ini. Sama seperti semua kiwi09 juga mengharapkan pembukaan ceria untuk tahun ini. Tidak tahu apa yang bakal mendatang, tapi kiwi tetap merancang masa depan yang bakal mendatang. Apapun yang berlaku, selagi ada hayat dan nafas kiwi09 akan berusaha keras untuk menempuh segala halangan dan rintangan. Mudah-mudahan, segalanya mendapat rahmat dari-Nya. Tiada apa yang kiwi09 rahsiakan untuk tahun ini. Semua nya akan kiwi09 nyatakan disini. Kerana, kiwi tidak mahu menyimpan apa-apa bahkan kiwi09 ingin berkongsi segalanya bersama kiwiesonline.com . Mana tahu, sekiranya tidak panjang nafas kiwi, blog ini bakal menjadi tatapan semua :)

Okaylah, bukan kiwi09 nak berceloteh sedih tetapi sebenarnya kiwi09 berdebar-debar merancang pelbagai agenda untuk kiwi penuhi setiap hari dan setiap hari percutian kiwi sabtu ahad :) hahhaaa.. semenjak dah bertugas 5 hari seminggu dan bercuti rehat pada sabtu dan ahad, jadual kiwi begitu ketat sehinggakan, masa tidur kiwi09 memang jam 12am - 5.30am setiap hari.

Pagi ini sarapan di sediakan oleh angah mimin iaitu kuew teow goreng yg membuat hidung kiwi mencari2 bau sedap yg datang dari dapur kami. Hmmm.. sedap. Kiwi membasuh tudung2 yg pelbagai untuk seminggu dan 2 orang, mencuci tandas, buang sampah, panas kan enjin si power n bersantai depan laptop kiwi. Jadi pencacai kiwi09 hari ini. isk2 tu tak termasuk yg lain2 iaituuuu tidoooo :P Jadual seterusnya, kiwi akan ke pusat NSK untuk membeli barang2 rumah n barang2 sekolah untuk ke dua2 adik kiwi abbas n nurul yg kini sedang menonton rancangan NTV7 1st january 09. Nasib kiwi09 agak cemerlang, kerana setelah melaburkan segalanya pada mereka berdua ini, kiwi bersyukur kepada yg Esa, kerana mereka begitu berusaha untuk berjaya dalam setiap ujian peperiksaan. Alhamdulillah. Namun begitu, kiwi09 akan terus membantu selagi nyawa dikandung badan untuk terus menyokong mereka sehingga ke peringkat lebih tinggi.

Seorang teman kiwi09 begitu seronok membaca bait disini sehingga terpikaat dengan abg saudara kiwi09 yg telah pon berkahwin. Tidak tersangka dia sempat melayari blog kepada adik kiwi09 anuar sehinggakan dia membaca keseluruhan blog adik kiwi itu. (Ko nak kene sunat lagi sekali eh momok) hahhahaaaa.... jgn kaco adik kiwi09, cubalah kalau berani :)

Kiwi harus menghentikan cerita buat masa ini, kerana ada tugasan yang lebih penting :) apa tugasan itu? nantikan selepas ini... iklan :P



p/s - rindu pada aqil muhaimin yg suka buat orang tersenyum...

No comments: