Sunday, October 19, 2008

bila hati disakiti, ia lebih membahagiakan...

Bila hati disakiti, ia lebih membahagiakan... betul kah? bila apa hati nak, kita dapat adakah kita ceria? dari bila hati disakiti, bila hati dihiris, bila hati di robek, kita lagi bahagia? betul kah? Sejak 2-menjak ni zul ngan matjue selalu bagi sue lagu2 tuju khas. hahahaa.. ia buat sue rasa senang hati. tambah lagi dengan pecinta sue yg selalu kirim lagu jugaks. mcm musim pulak. :P

Masa hati disakiti mmg sakit. seolah-olah nak pegi mati. rasa nafas tersekat. rasa kerongkong dijerut. bagai lumpuh kaki melangkah. Tapi kadang2 bila masa berlalu, kenangan di sakiti itu bagaikan madu. kadang-kadang rasa rindu utk disakiti :P pelik kan, bila membicara soal hati... bila disakiti rasa bahagia. bila gembira sekejap sahaja :)

Parut itu masih ada dan sentiasa merah. Di ubat dengan apa sahaja... ia tetap berdarah. Ia tidak dimakan masa.... walau dipertaruh apa pon, ia masih basah bekas torehan lalu buat ia terbiar dan terluka. Hati yg lara itu boleh membawa maut dan karut. Akhir cerita buat hati merasa kacau dan jiwa merusuh sayu....

p/s- berjuta warna pelangi di dalam hati-kadangkadang menjauh pergi.... aku terdiam sepi.... kembalikan matahari ku......... bisakah pecinta itu membuka pintu hati yg tertutup dan terkunci ini? Mampu kah dia membuka dengan izin hatiku. Telah dikerumun karat dan kukuh terlindung. Jika pecinta itu berjaya, akan ku kalungkan dia dengan senyuman penuh makna dan kuhadiahi dia dengan saljunya salji putih yg ikhlas warnanya......... Rahsia itu pada Pencipta. aku mengakuiNya...

2 comments:

~@nn~ said...

sape tu sape tu sape tu....nak tau gakkkkkkkkkkkkkkk

tnf said...

aku pn nk tau...sakit ttp sakit..!! xde makna utk bahagia :p