Isnin, September 08, 2008
Dalam sangkar dunia.
Pandang atas, bawah kiri dan kanan sama.
Kezaliman paling dasyat tetap mati dengan balasan
Tak usah lari atau nyorok.
Tungu sahaja
Berilah aku angin taufan, hempukkan batu
Berilah aku fitnah dan kezaliman
Berilah aku pisau paling tajam hunuskan terus ke hatiku
Berilah bertalu-talu
Berilah serentak semuanya
Biar hancur badan ku
Biar remuk jiwaku
Biar keronyok hatiku
Aku tidak takut
Apa ada pada takut kerna
Semangat ku tak pernah luntur
Roh aku masih bertahan
Biarlah hancur daging dan tulang
Kerana aku cukup azimat
Percaya kepada Allah
Percaya kepada Malaikat
Percaya kepada Kitab
Percaya kepada Rasul
Percaya kedatangan Hari Kiamat
Percaya bahawa Qada dan qadar
Anak kucing yg ku sayang itu kadang2 menyerikan hidupku
dia kronik rohani
dia kronik aqidah
dia kronik insaniah
dia bernafas sikit-sikit
aku menitis air mata. Melihatkan ibu kucing mengusap anaknya yg lemah.
Bagaimana untuk pulihkan semangat itu kembali? Bukan mudah mengubati.
Segala kesulitan ada penyelesaian. Segala penyakit ada ubatnya.
Mahalnya pengalaman jalanan
Tak sama dilalui
Tapi boleh dikongsi yang sama situasi
Kejap jatuh, kejap bangun
Kejap tersungkur, kejap megah
Kejap tersimpang, kejap lurus
Aku telah terima hukuman
Aku pasrah
Ternyata KAU masih menyanyangi aku
Aku tersenyum
Terima kasih Tuhan
1 comment:
dia selalu ingat kite..kite je asik lupa...macam aku nie...lupa aje...bile nak ingat?
Post a Comment