
Kembalikan roh aku kepada tubuhku.... aku mohon, bersihkah ia semula seperti datangnnya aku kedunia. tolonglah tuhan. Hatiku kotor. mulut ku penuh dusta. Aku nak buang semua. Tlg lah aku tuhan. Sekiranya tidak, aku tidak tenteram. Aku rasa tidak aman. Aku rasa tidak senang duduk. Boleh kah aku duduk diam saja. Kemana saja penuh dengan umpatan dan kejian. Aku turut serta. Aku sendiri benci akan perbuatan ini. tapi mengapa ia menjadi kebiasaanku? Dulu aku bukan begini. Aku tidak melayan sebarang aduan domba. Tuhan, aku hambaMu yg lemah. Kembali kan iman itu. Aku mahukan ia semula. Bagus sangat kah diri aku ni? Tinggi sangat kah darjat aku nie? Huh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! mengapa aku jadi begini. Kembalikan aku semula. Aku mahu ROH aku kembali......... aku hilang semangat itu......... aku sayu... seolah-olah histeria menyerang. aku mengelupur. Mulutku berbuih. Aku terbeliak. Aku meronta-ronta mahukan roh itu semula. Aku benci apa yang ada dalam diri aku sekarang. Hipokrit. Penuh dusta. Penuh sifat mengadu domba. Ini bukan kejadian asalku. Aku mahu seperti dulu............

No comments:
Post a Comment