Assalammualaikum semua… Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Sekarang jam kiwi menunjukkan angka 2.09AM. Hujan mulai turun dan semakin lebat. Kedua2 telinga kiwi dapat merasakan titisan air turun kebumi. Alunan ‘Pelangi Petang’ nyanyian Arwahyarham Sudirman turut keudara. Kiwi sengaja tidak mahu melepas kan lelah dengan tidur kerana kiwi merasakan tidak cukup waktu tika ini. Mengapa? Kiwi sebenarnya berkira-kira untuk membeli domain. Nanti kiwi ceritakan kemudian ya, mengapa penting sangat domain tu pada kiwi pada masa ini. Kiwi gelak kecil. Mentertawakan diri ini yang jauh ketinggalan zaman. Lambat betul kiwi nak mulakan kembali. Terlalu lama dan telah tepu kotak otak kiwi ini. Puas juga hendak mengasah ia kembali.
Mak dan ayah dah lama terlena sejak jam 1pagi tadi. Kami sama-sama meraikan kiraan Merdeka pada jam 12mlm tadi. Tak sangka tahun ini kiwi berada disamping mereka. Sms yang masuk dalam peti masuk telefon bimbit kiwi, jarang kiwi jenguk hari ini. Bukan apa. Kiwi sengaja tidak mahu tahu, kalau-kalau diantara pesanan itu daripada seseorang yg kiwi baru leraikan ikatan istimewa siang tadi. Sejurus itu kiwi telah berikrar pada diri untuk buat sesuatu yang kiwi mahukan dalam hidup tanpa menoleh kebelakang lagi.
Agak meleret juga tulisan kiwi malam ini. Bukan mudah untuk menulis karya yang berkualiti corak dan gaya bahasanya. Kiwi seolah-olah merasakan bahawa kiwi telah melupakan bahasa ibunda sejak kiwi belajar bahasa Perantaraan dunia iaitu bahasa Inggeris. Acapkali kiwi mencampur-adukkan kedua-dua bahasa ini. Nampaknya, kedua-dua bahasa kiwi telah menjadi rojak pelbagai rasa. Jadi, oleh sebab itu, kiwi berhasrat untuk memilih satu diantara dua. Maknanya, sekiranya tulisan hari ini kiwi melontarkan bahasa ibunda, kiwi akan paparkan semua dalam bahasa ibunda. Andaikata kiwi dalam peralihan suasana International, kiwi akan gunakan secara menyeluruh dalam bahasa Inggeris. Kiwi harap wujud keadilan dalam penulisan kiwi. Tidak semudah yang kiwi sangka rupanya. J Kiwi tersenyum lagi.
Hujan tiba-tiba berhenti. Jemari dan kata-kata kiwi juga terhenti seketika. Fikiran kiwi sedang memikirkan banyak perkara. Mengenai kerja, matlamat dan apa yang hendak kiwi lakukan dalam hidup kiwi. Mengenai kerja di pejabat, terlalu banyak kusut-masainya. Mengenai matlamat, hanya satu. Nampaknya, Kiwi perlu senaraikan satu-satu. Selepas itu, barulah kiwi boleh mulakan semula. Tunggu sekejap….Below is the image in its original context on the page: irwandy.fotopages.com/?entry=640553

p/s - kiwi pusatkan pada satu titik. Kiwi fokus. Kiwi faham.
No comments:
Post a Comment